Ahad, 26 Jun 2011

Trip 2011 Pelantar Minyak

Assalamualaikum.....

Trip kali nie kitaorang ke pelantar minyak @ offshore di Terengganu yang mana tempat nie dikenali dengan ikan2 yang bersaiz bagak dan boleh tahan. Setelah lama merancang untuk dan berbagai2 persiapan untuk kesana akhirnya dapat juga peluang menduga ke laut dalam selama 3 hari 2 malam pada 2 - 4 april 2011 yang lepas. Kebanyakan dari kitaorang ade yang x pernah menduga lautan dalam dan ada jugak yang x pernah pun ke laut. Tp demi mencuba dan ingin menimba pengalaman memancing di offshore, kami beranikan diri untuk kesana.

Seminggu sebelum trip kesana kami terima panggilan dari otai2 kat Besut yang mengatakan cuaca masih buruk dan gelombang yang besar, itupun dah cukup untuk buat kami seram sejuk. maklumlaa cuaca pun x menentu, pun begitu kami nekad untuk pergi walau apa pun keadaan cuaca lagipun banyak kelengkapan dah kami siapkan. Dalam perancangan kitaorang satu group akan kesana dalam 10 orang satu team.

Pada hari khamis malam kami bertiga telah pun ke Besut terlebih dahulu untuk stand by apa yang patut dan yang lain akan bergerak keesokan harinya. Sampainya ke sana kami masih risau memandangkan keadaan angin yang masih lagi berangin pun begitu memandangkan tekong mengatakan boleh pergi tetapi keadaan gelombang agak kasar sikit, jadi kami pun nekad jugak nak pergi.

Pada 2 april 2011 pagi2 lagi kami dah bergerak ke jeti di Kuala Besut sampai sarapan pagi pun x sempat, ade yang x cukup rehat dan macam2 lagi maklumlaa tengah malam baru sampai. Pagi2 lagi tekong Che Ahmad pun dah tunggu kat jeti, bila semua dah ready kami angkutlaa barang2 naik bot. Semua dah teruja nak menduga offshore laa katakan, jam 8.30 kami bertolak ke offshore. Semua seronok tp x tahu apa yang akan jadi lepas nie, sambil2 tue kami semua breakfast kat tingkat atas bot yang memang dah di modified untuk tempat rehat.



Semua tengah berseronok sementara menunggu perjalanan ke sana yang mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Selepas 4 jam perjalanan kami singgah di salah satu karang untuk mencari umpan menggunakan apollo (salah satu cara yang agak popular untuk mencari ikan umpan seperti selar, kembung, tamban dan kadang2 spesis lain pun boleh dapat), ikan apollo sahaja untuk umpan pun kami dah dapat lebih setengah tong jenis Coleman. Selepas tu perjalanan disambung lagi sehinggalah ke satu unjam besar @ unjam laut sementara menunggu malam untuk ke offshore ( Masa nie pun dah dekat dengan offshore dah dan boleh nampak tempat tue). Kami memancing di unjam tu dan setengah dari kami masih lagi menghenjut apollo untuk mencari umpan. Masa tue paham2 je laa, memandangkan keadaan laut yang masih lagi bergelora ade beberapa orang dari kami yang dapat mabuk free dan flat habis.. hai macam2....

Pada malam tu kami pergi berdekatan offshore atau di tepi offshore untuk aktiviti memancing, bermulalah aktiviti menduga offshore (Gambar x dapat diambil). separuh dari kami yang pengsan, mabuk dan macam2 hal, ade jugak yang mabuk tetapi gagahkan diri untuk mancing pun dapat jugak aruan tasik sebagai habuan. Rezeki pada malam tue boleh tahan, bermacam2 jenis ikan berjaya kami daratkan antaranya aruan tasik, cecupak, siakap merah, jenahak dan ikan merah tanda.

Pada hari kedua, pagi2 lagi kami dah keluar dari offshore yang semalam dan pergi ke unjam laut lagi ( kata tekong pada siang hari lebih baik mancing kat unjam). Setibanya kat unjam kami memancing sambil ada diantara kami yang menggunakan 2 joran sekali gus dan pada hari ni keadaan gelombang agak kurang berbanding semalam membolehkan ramai yang boleh memancing tp still ada yang flat habis. hahaha...

Untuk kali nie dekat area unjam pun banyak jugak ikan yang kami dapat, ikan cermin yang hanya kami daratkan menggunakan apollo, dapat merasa penangan ikan GT yang mana menyambar umpan ikan seekor, ape lagi bertarunglaa sampai dapat. Antara spesis lain kami dapat ialah yu yang mana spesis ikan pengacau. Pada malam hari kedua kami bergerak ke offshore yang lagi satu yang mana kali nie ianya lebih besar dari yang pertama dan kawasannya lagi besar dan terang-benderang.

Kat sini kami banyak belajar skill dari dari tekong dan awak2 bot, tetapi sayang kami x standby banyak mata jigging dan popper untuk diuji. Nasib baiklaa awak2 bot ade standby satu dua mata untuk kami. Maka ramailah dari kami yang mencuba teknik baru yang mana ia kini diminati sebagai satu cara memancing yang popular, walaupun ade yang pertama kali mencuba tetapi berpuas hati dengan hasil yang dapat serta dapat bertarung dengan ikan2 yang rakus menyambar mata jigging kami. Salah satu mata popper putus disambar ikan dan salah satu mata jigging kami pun putus.

Contoh video jigging dan popping dari youtube (click link untuk view)

Jigging - Video

Popper - video

Semuanya berjalan lancar sehinggalah pada hari ketiga yang mana kemi bertolak balik ke jeti dari offshore, ianya mengambil masa 8 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan kami semua merehatkan diri setelah penat bertarung dan tido yang x cukup. Lebih kurang jam 5 petang kami sampai di jeti dan bawak naik hasil tangkapan.. hmm puas hati... semuanya lebih 6 tong ikan, dan kami bahagi hasil tangkapan sama rata.. trip yang seterusnya kami akan pergi yang lebih hardcore dan separuh dari kami pun akan pergi lagi di lain hari.

Berikut ialah hasil tangkapan kami, lihat photo di bawah..






* Sesiapa berminat nak mencuba mancing pelantar, nanti ade masa yang sesuai boleh laa join.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan